Penghantaran & Pemulangan
ApaSaja.biz sentiasa mengutamakan servis yang profesional, mesra dan produk yang berkualiti. Kepuasan pelanggan adalah menjadi keutamaan kami. Staf kami yang terlatih akan sentiasa memberikan khidmat dan bantuan sokongan kepada anda.
Dibawah disenaraikan panduan penghantaran dan pemulangan produk untuk kemudahan anda.
Penghantaran
- Pesanan dengan bayaran yang lengkap akan diproses dalam masa 12 jam. Kebiasaannya penghantaran akan dibuat pada hari bekerja yang berikutnya.
- Semua pesanan yang dibuat pada hari Jumaat, akan dihantar pada hari Isnin atau hari bekerja berikutnya jika pada hari itu jatuh cuti umum.
- Setiap pesanan hanya akan diproses apabila bayaran telah diterima. Anda diberi masa 3 hari selepas membuat tempahan untuk membuat pembayaran sama ada dengan deposit ke dalam akaun kami di kaunter bank atau deposit secara online menggunakan perbankan internet. Manakala pembayaran menggunakan Paypal, Visa dan Mastercard akan terus diproses semasa membuat tempahan. Jika kami tidak menerima apa-apa bayaran dalam tempoh tersebut, pesanan akan dibatalkan dan anda boleh membuat pesanan baru.
- Courier yang kami gunakan untuk penghantaran ialah perkhidmatan Poslaju (Pos Malaysia). Jika anda inginkan perkhidmatan courier selain daripada poslaju, sila hubungi kami.
- Tracking Orders akan diberikan kepada anda sebaik sahaja barangan dihantar. Ini bagi memudahkan anda menyemak maklumat penghantaran dan mengesan lokasi barangan yang anda pesan.
- Masa dan tempoh penghantaran dikira berdasarkan HARI BEKERJA dan tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
- RahsiaCantik.com berhak menolak mana-mana pesanan tanpa alasan.
Kerosakan/Hilang/Kelewatan Courier
- ApaSaja tidak boleh dipertanggungjawabkan atas item yang mungkin rosak atau dihilangkan oleh pihak perkhidmatan courier (jika diinsuranskan). Semua produk mestilah diperiksa terlebih dahulu semasa menerimanya dan sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan kepada pihak courier. Sila hubungi kami jika tuntutan terpaksa dibuat. Jika tuntutan tersebut diluluskan, pihak kami akan menghantar semula gantian atau wang dikembalikan jika produk yang serupa tiada dalam stok kami.
- ApaSaja tidak mempunyai kuasa ke atas kelewatan yang disebabkan oleh pihak courier. Jika diperlukan, pihak kami akan membantu dalam urusan tuntutan seperti kehilangan, kerosakan dan kelewatan.
- Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas barangan yang rosak disebabkan oleh kelalaian anda sendiri.
- Sila laporkan kepada kami sebarang kerosakan dalam tempoh 3 hari bekerja.
Kadar Penghantaran, Polisi Dan Deliveri
A. KADAR PENGHANTARAN
Malaysia - Penghantaran Kurier
Airpak
Perlis/Kedah/P. Pinang/Perak/Kuala Lumpur/Selangor
3 kg pertama - RM8.00
3 kg keatas hingga 15 kg - RM16.00
N. Sembilan/Melaka/Johor
1 kg pertama - RM8.00
Setiap tambahan 1 kg atau kurang daripadanya - RM3.50
Kelantan/Pahang/Terengganu
Setiap kg atau kurang daripadanya - RM6.00
Sabah/Sarawak
3 kg pertama - RM21.50
Setiap tambahan 1 kg atau kurang daripadanya - RM20.00
Antarabangsa - Penghantaran Kurier
Buat masa sekarang, kami akan menggunakan Fedex untuk penghantaran antarabangsa. Kadar penghantaran akan ditunjukkan semasa proses checkout.
B. POLISI PENGHANTARAN DAN DELIVERI
1.1 Ejen Pengirim
(I) Dalam Negeri. Semua tempahan domestik akan dihantar oleh Airpak atau mana-mana ejen lain yang akan dilantik oleh ApaSaja.biz dari semasa ke semasa.
(Ii) Antarabangsa. Semua tempahan antarabangsa akan dihantar oleh FedEx International atau mana-mana ejen lain yang akan dilantik oleh ApaSaja.biz
1.2 Jangka Waktu Penghantaran.
ApaSaja.biz tidak akan membuat penghantaran pakej atau sebarang perkhidmatan sehingga bayaran penuh untuk pembelian diterima. ApaSaja.biz akan menghantar pakej kepada ejen pengirim dalam masa lima (5) hari urus niaga selepas bayaran diterima. Tempahan anda mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk dihantar semasa musim kemuncak. Perkhidmatan tambahan seperti saiz semula cincin atau sijil batu permata dan barang kemas mungkin akan melambatkan tempahan anda sehingga tujuh (7) hari lebih.
1.3 Tiada Jaminan Ketepasan Waktu Penghantaran.
ApaSaja.biz tidak boleh dipertanggungjawabkan diatas sebarang kelewatan dalam penghantaran. ApaSaja.biz tidak membuat sebarang jaminan samada nyata atau tersirat diatas kemampuan mana-mana syarikat penghantaran atau ejen pengirim bahawa penyerahan pakej tertentu adalah mengikut ketepasan masa seperti yang dijadualkan. Sebarang kelewatan dalam penghantaran adalah tanggungjawab syarikat penghantaran atau ejen pengirim.
1.4 Penyerahan Pakej
Kami tidak membenarkan ejen pengirim untuk menyerah pakej tertentu tanpa akuan terima tandatangan penerima atau wakilnya. Menurut dan sekiranya tandatangan anda atau wakil anda tidak dapat diperolehi, maka pakej anda akan disimpan oleh ejen pengirim untuk penyerahan atau pengaturan seterusnya oleh anda atau wakil anda.
1.5 Pakej Berasingan.
Kami berhak untuk menghantar pembelian anda secara berasingan jikalau tempahan anda memerlukan perkhidmatan lain atau jika terdapat had kuantiti dan saiz yang berlainan daripada yang ditetapkan oleh ejen pengirim atau sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian ini. Pakej-pakej yang dihantar secara berasingan akan dikenakan caj penghantaran tambahan.
1.6 Penghantaran Antarabangsa.
(I) Kastam.
Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua bayaran kastam dan duti ke atas pakej anda. Sila rujuk Pejabat Kastam tempatan anda untuk duti-duti, peraturan-peraturan dan sebarang sekatan.
1.7 Caj Untuk Pakej Yang Enggan Diterima Dan Tidak Dapat Diserah.
(i) Caj Restocking.
(a) Tempahan domestik yang enggan diterima oleh pelanggan atau dikembali kepada Classic Creation akan dikenakan caj sebanyak 15% (diatas kos belian) sebagai caj restocking.
(b) Tempahan antarabangsa yang enggan diterima oleh pelanggan dimana kemungkinan dikenakan bayaran atau duti kastam mesti dan perlu dijelaskan supaya tempahan ini dapat dikembalikan kepada ApaSaja.biz. Dalam situasi ini, selepas tempahan ini dikembali kepadaApaSaja.biz , caj sebanyak 25% (diatas kos pembelian) akan dikenakan untuk meliputi bayaran kastam, duti dan lain-lain yang dikenakan itu. Pelanggan akan mendapat segala baki bayaran, jika terdapat selepas ditolak 25% caj restocking tersebut.
(ii) Surcaj Return dan Caj Re-Deliveri (Caj Penghantaran Ulangan)
(a) Tempahan domestik yang enggan diterima oleh pelanggan atau dikembali kepada ApaSaja.biz atas sebab tidak dapat diserah akan dikenakan surcaj return dan caj re-deliveri diantara 100% hinga 350% dari kos penghantaran asal berdasarkan lokasi re-deliveri itu. Caj ini ditetapkan oleh syarikat kurier dan adalah diluar kawalan ApaSaja.biz.
Pelanggan yang layak untuk penghantaran percuma pada asalnya juga akan dikenakan caj re-deliveri seterusnya.
Untuk mengelakkan bayaran surcaj return dan caj re-deliveri, pelanggan diminta untuk memastikan mereka sentiasa dapat ditemui pada masa penyerahan pakej.
(b) Re-shipmen untuk tempahan antarabangsa yang enggan diterima oleh pelanggan atau dikembali kepada Classic Creation atas sebab tidak dapat diserah tidak boleh diuruskan lagi.
1.8 Track Shipmen Anda
Sebaik sahaja tempahan anda dihantar dan mengikut polisi pengirim, anda akan menerima e-mel daripada kami yang memberitahu nombor semakan shipmen anda. Anda boleh menyemak status shipmen di laman web ejen pengirim yang boleh didapati dalam e-mel berkenaan.
1.9 Tarikh Anggaran Deliveri
Sebaik sahaja ApaSaja.biz menghantar pakej anda ke ejen pengirim, tarikh anggaran deliveri akan diberi. Tarikh anggaran ini adalah berdasar kepada kaedah penghantaran yang anda pilih.
1.10 Pakej Yang Hilang.
Jika anda tidak menerima pakej anda, anda mesti memfailkan tuntutan dengan ApaSaja.biz dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah. ApaSaja.biz tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan jika pelanggan tidak menghubungi ApaSaja.biz dalam masa yang ditetapkan bagi pakej yang hilang atau dicuri itu. Sila e-mel semua isu tuntutan kepada customerservice@creation.my
(a) Pelanggan domestik mesti memfailkan tuntutan dalam tempoh masa 48 jam dari tarikh anggaran penyerahan pakej anda.
(b) Pelanggan antarabangsa mesti memfailkan tuntutan dalam tempoh masa 96 jam dari tarikh anggaran penyerahan pakej anda. (Anda diminta untuk menyemak terlebih dahulu dengan kastam tempatan anda sama ada pakej anda tersangkut dalam permeriksaan kastam).
