Polisi Privasi
Selamat datang ke www.apasaja.biz . Laman sesawang ini adalah kepunyaan ApaSaja Dot My Enterprise (001976115-P). Polisi Privasi ini disediakan untuk menerangkan bagaimana maklumat peribadi yang anda salurkan kepada laman ini digunakan. Pastikan anda membaca keseluruhan Polisi Privasi sebelum menggunakan atau menghantar maklumat kepada laman ini. Laman ini dibangunkan untuk kegunaan penduduk Malaysia sahaja.
Kebenaran Anda
Apabila anda menggunakan laman ini, anda telah bersetuju menerima terma polisi privasi kami. Anda dianggap telah membenarkan kami mengumpul dan menggunakan maklumat tersebut mengikut garis panduan Polisi Privasi ini.
Kanak-kanak
Lelaman ini bukan untuk pengguna kanak-kanak dibawah 13 tahun. Kami tidak akan mengambil maklumat daripada kanak-kanak dalam lingkungan umur ini dengan sengaja. Ibubapa digalakkan untuk menerangkan tentang penggunaan internet dengan selamat kepada anak-anak.
Pengumpulan Maklumat Secara Aktif
Laman ini mengumpul maklumat daripada pengguna secara aktif dengan bertanyakan soalan-soalan spesifik dan menyediakan beberapa saluran komunikasi seperti e-mel, borang maklumat, dan/atau laman sembang agar pengguna dapat berkomunikasi terus dengan kami serta pengguna lain. Sesetengah maklumat yang anda berikan mungkin dapat mengenalpasti diri anda daripada kalangan umum seperti nama penuh, alamat rumah, alamat e-mel, no telefon dan sebagainya.
Sesetengah kawasan laman sesawang ini memerlukan pengguna mendaftar untuk menggunakan kemudahan – kemudahan yang disediakan seperti langganan surat berita (Newsletter), langganan tips, atau mengambil bahagian dalam aktiviti seperti survey dalam talian,peraduan dan sebagainya. Anda akan diberitahu maklumat wajib dan tidak wajib diisi.
Pengumpulan Maklumat Secara Pasif
Apabila anda layari mana-mana laman sesawang, maklumat dapat dikumpul secara pasif tanpa pengetahuan anda dengan menggunakan teknologi seperti teknologi Alamat Protokol Internet(IP Address), Cookies, Tag internet serta pengumpulan maklumat layaran.
Kami menggunakan teknologi Alamat Protokol Internet pada laman ini. Alamat Protokol Internet adalah nombor yang diberikan kepada komputer anda oleh syarikat penyedia internet agar anda dapat masuk kedalam talian internet. Alamat Protokol Internet ini adalah maklumat yang tidak dapat mengenalpasti diri anda kerana kebanyakannya diberikan secara dinamik oleh penyedia internet mengikut kawasan setiap kali pengguna memasuki jaringan internet. Kami menggunakan Alamat Protokol Internet anda untuk mengenalpasti masalah pelayan (server) kami, melaporkan maklumat agregat, memastikan jalan terpantas untuk komputer anda menghubungi laman kami serta mengendali dan menambah baik laman ini.
“Cookie” adalah sebutir maklumat daripada lelaman yang dihantar kepada pelayar laman komputer anda agar laman ini dapat mengingatkan maklumat layaran kesukaan anda.
“Session cookies” adalah butiran maklumat sementara yang akan dipadam apabila anda keluar daripada pelayar internet ataupun menutup komputer. “Session cookies” ini digunakan untuk memudahkan anda melayari laman ini serta digunakan untuk mengumpul maklumat agregat statistic. Laman sesawang ini menggunakan session cookies.
“Tag Internet” (juga dikenali sebagai GIF satu pixel, GIF lutsinar, GIF halimunan dan GIF satu per satu) adalah lebih kecil daripada cookies berfungsi menyalur maklumat alamat protocol internet dan jenis pelayar digunakan pelawat kepada pelayan laman sesawang. Kami tidak menggunakan tag internet di laman ini.
“Data pelayaran” (log fail, log pelayan dan maklumat saliran klik) digunakan untuk pengurusan sistem, menambahbaik isikandung laman, penyelidikan pasaran serta untuk memberi maklumat kepada pelawat. Lelaman ini menggunakan data pelayaran.
Penggunaan dan Pendedahan Maklumat
Kami menggunakan maklumat pendaftaran anda untuk mengenal pasti diri anda lalu menyaluran isikandung/maklumat relevan kepada anda sahaja, mengenal pasti diri anda ketika berkomunikasi bersama kami, untuk tujuan pemasaran dan penyelidikan kami serta untuk tujuan seperti tertera pada Polisi Privasi.
Maklumat peribadi yang anda salurkan mungkin akan digabungkan dengan maklumat yang anda berikan melalui cara pengumpulan maklumat aktif kami kecuali apabila diberitahu sistem. Kami akan menjaga dan menghindarkan penggabungan maklumat peribadi dengan maklumat yang dikutip secara pasif kecuali dengan kebenaran anda.
Johnson & Johnson antarabangsa dan affiliate mereka berhak berkongsi maklumat peribadi pengguna laman ini mengikut garis panduan Privasi Polisi yang telah ditetapkan. Kami juga berhak mendedahkan maklumat peribadi pengguna kepada pihak ketiga dalam kes-kes berikut:
- kepada kontraktor dan affiliate kami
- kes – kes pembelian, pengambil alihan atau perlantikan baru dengan syarat individu atau organisasi tersebut bersetuju meneruskan syarat – syarat yang telah termaktub dalam Polisi Maklumat Peribadi (Polisi Privasi) ini.
- diperlukan atas sebab-sebab perundangan, arahan mahkamah serta arahan pihak berkuasa lain.
Selanjutnya, kami berhak menggunakan sepenuhnya sebarang maklumat umum yang telah kami kumpul di laman ini.
Akses dan Pembetulan / Mencapai dan Menggemaskini Maklumat Pribadi
Sila hubungi kami melalui sumber-sumber yang tertera seperti dibawah untuk mengemaskini maklumat peribadi anda. Kami akan mengemaskini maklumat tersebut bagi anda.
Keselamatan
Kami cuba sebaik mungkin untuk melindungi maklumat peribadi anda ketika transmisi maklumat tersebut daripada komputer anda, melalui jaringan kami sehingga memasuki pelayan laman sesawang kami. Kami akan cuba sedaya upaya untuk melindungi maklumat tersebut daripada kehilangan, salah guna, kemasukan data peribadi tanpa kebenaran, pendedahan, penukaran maklumat atau pemusnahan maklumat. Walaubagaimanapun, anda harus memahami bahawa ia adalah mustahil untuk mendapat transmisi internet 100% selamat atau pun bebas kesilapan. Terutama e-mel secara amnya, adalah tidak 100% selamat dan anda harus berhati-hati akan maklumat yang ingin anda salurkan melalui kaedah ini. Selanjutnya, pelawat bertanggungjawab melindungi nombor identiti, kata laluan mereka dan sebagainya yang telah didaftarkan kepada kami.
Pautan ke Laman Sesawang lain
Laman ini mungkin menyediakan pautan ke laman lain. Sila maklum bahawa kami serta Polisi Privasi kami tidak mempunyai sebarang kuasa terhadap laman sesawang lain. Oleh yang demikian, anda digalakkan membaca Polisi Privasi setiap laman yang anda lawati.
